fbpx

Tuntutan palsu: Pengurus syarikat, lima pegawai penguat kuasa ditahan SPRM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara suspek yang ditahan disyaki membuat tuntutan palsu.

KUALA LUMPUR – Lima pegawai penguat kuasa antara enam individu ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kuala Lumpur berhubung tuntutan palsu dan rasuah melibatkan pembekalan senjata bernilai lebih RM550,000.

Menurut sumber, seorang pengurus syarikat dan lima pegawai yang berkhidmat di agensi keselamatan negara berusia diantara 30-an hingga 40-an itu ditahan pada pukul 10 malam tadi, di pejabat SPRM Kuala Lumpur.

“Kesemua mereka disyaki terlibat dengan tuntutan palsu dan rasuah melibatkan pembekalan peralatan senjata berjumlah lebih RM550,000 yang dilakukan pada tahun lalu sedangkan kerja-kerja tersebut tidak dibekalkan,” katanya hari ini

Sehubungan itu, sumber memaklumkan perintah reman selama tujuh hari bermula hari ini sehingga Rabu hadapan telah dikeluarkan oleh Majistret Puan Wong Chai Sia terhadap lima suspek.

Tambah sumber, seorang lagi suspek dilepaskan dengan jaminan SPRM akibat masalah kesihatan selepas permohonan reman mereka dikemukan di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, pagi ini.

Sementara itu, Pengarah SPRM Kuala Lumpur, Mohamad Fauzi Husin mengesahkan tangkapan tersebut dan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI