fbpx

Terpedaya skim pelaburan C Charge, wanita rugi RM350,793.71

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

JOHOR BAHRU – Seorang wanita warga tempatan mendakwa telah mengalami kerugian sebanyak RM350,793.71 selepas terpedaya dengan penipuan skim pelaburan ‘C Charge’.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner M. S. Balveer Singh berkata, mangsa yang berusia 47 tahun itu membuat laporan polis berhubung kejadian pada pukul 12.49 tengah hari, 15 Jun lalu.

Sehubungan itu katanya, sepasukan pegawai dan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Komersil Ibu Pejabat Polis Johor Bahru Utara telah menahan seorang suspek berusia 48 tahun bagi membantu siasatan.

“Suspek yang merupakan seorang merupakan pemilik akaun yang terlibat dalam kes ini ditahan pada pukul 5.45 petang, kelmarin.

“Berdasarkan siasatan dibuat, skim pelaburan C Charge itu telah mula beroperasi sejak Mac 2023 dengan menawarkan pulangan sebanyak 100 peratus daripada jumlah wang yang dilaburkan mangsa.

“Walaubagaimanapun, setelah mangsa membuat pindahan wang berkenaan, keuntungan yang dijanjikan tidak dibayar,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Tambah Balveer Singh, kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan sebatan, serta boleh juga dikenakan denda.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI