fbpx

Sultan Selangor berangkat jalani pembedahan di London esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sultan Sharafuddin berkenan menerima menghadap Anwar hari ini.

SHAH ALAM – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah akan berangkat ke London esok bagi menjalani rawatan dan pembedahan Holmium Laser Enucleation of the Prostate (HoLEP).

Baginda dijadualkan berada di negara itu lebih dua minggu dan dijangka pulang ke tanah air pada 15 Ogos depan.

Selangor Royal Office menerusi kenyataan berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menghadap bagi merafak sembah ucapan selamat berangkat kepada
Sultan Sharafuddin kelmarin.

“Anwar mendoakan agar baginda sentiasa dianugerahkan keafiatan dan urusan pembedahan itu. Semoga baginda dipermudahkan dan diberi kesembuhan segera,” katanya hari ini.

Sultan Sharafuddin turut berkenan menzahirkan ucapan terima kasih atas keprihatinan Perdana Menteri yang sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kesihatan baginda. – KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI