fbpx

RM800 juta tambahan selesai masalah air di Kelantan, Sabah – PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Kerajaan menyediakan keseluruhan RM800 juta tambahan untuk menangani masalah bekalan air di Kelantan dan Sabah.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata, ia bagi penyelesaian jangka pendek untuk kedua-dua negeri ini.

Beliau menegaskan, rakyat di kawasan desa juga wajar mempunyai perkhidmatan asas bertaraf dunia.

“Setakat 2022, 97 peratus penduduk Malaysia mempunyai akses kepada bekalan air terawat, namun sebahagian penduduk di Kelantan dan Sabah tidak mempunyai akses kepada bekalan air yang konsisten dan berkualiti.

“Kerajaan berikrar memastikan semua rakyat menikmati akses yang universal dari segi infrastruktur asas sama ada bekalan air atau elektrik.

“Jadi, Kerajaan Perpaduan komited menangani isu ini dan bersetuju untuk menyediakan keseluruhan RM800 juta tambahan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Peluncuran ‘Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat, di Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, di sini, hari ini.

Selain itu menurut beliau, kerajaan juga akan menyegerakan pelaksanaan projek tebatan banjir di beberapa negeri.

“Negeri terlibat seperti di Kelantan, Pahang, Selangor dan Johor demi melindungi masyarakat setempat daripada ditimpa bencana banjir,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI