fbpx

Program Bina Kerjaya RM42 juta untuk pekerja gig

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan peruntukan sebanyak RM42 juta bagi Program Bina Kerjaya untuk pekerja tidak formal termasuk pekerja gig.

Menurut beliau, usaha menerusi Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) itu bertindak sebagai program peningkatan kemahiran (upskilling) golongan tersebut.

“Ia turut melibatkan pekerja gig dengan kelayakan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan ke bawah,” katanya ketika berucap di Majlis Peluncuran Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat, di Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, di sini, hari ini.

Dalam masa sama, katanya, negara perlu menyediakan laluan pembelajaran sepanjang hayat dalam setiap kemahiran yang ingin rakyat pelajari.

“Ia meliputi tidak kira sama ada di universiti, institusi Program Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), mahupun kemahiran micro credentials yang diperlukan.

“Sistem pendidikan negara perlu lebih berminda permintaan (demand driven) terutamanya dalam mengeratkan kerjasama dengan industri dan majikan, terutamanya dalam pelaksanaan TVET,” ujarnya.

Selain itu menurut beliau, kerajaan akan terus menyediakan persekitaran sekolah yang selesa serta kemudahan terbaik buat anak-anak.

“Pelbagai usaha telah kita lakukan khususnya menambah peruntukan, mudahkan tatacara perolehan serta menurunkan kuasa pelaksanaan (decentralisastion) bagi mempercepat pelaksanaan projek-projek sekolah dan menambah baik sekolah-sekolah daif.

“Pada masa yang sama, projek Pelan Jalinan Digital Negara (Jendela) diteruskan bagi memastikan semua sekolah dilengkapi dengan internet,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI