fbpx

PRN: Dominic tak diumum tapi dalam senarai DUN Bayan Lepas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Calon-calon PN di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang pada Majlis Pengumuman Calon di Pejabat Pas Pulau Pinang di Pongsu Seribu, malam tadi.

SEBERANG PERAI – Pengumuman calon-calon bagi Perikatan Nasional (PN) yang akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) mencetuskan tanda tanya apabila calon bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bayan Lepas tidak diumumkan.

Tidak dapat dipastikan sama ada perkara itu ada kaitan dengan bantahan keras jentera Pas Cawangan Bayan Lepas semalam terhadap Pengerusi PN Pulau Pinang, Datuk Dr. Dominic sekiranya beliau terus bertanding di kawasan tersebut.

Bagaimanapun, nama Dominic yang juga Presiden Parti Gerakan ada dalam senarai penuh melibatkan 40 kerusi yang bakal dipertandingkan parti itu di Pulau Pinang sekali gus mengesahkan pencalonan pemimpin tersebut dalam PRN Ke-15.

Pengumuman senarai calon itu dibuat oleh Naib Presiden Bersatu, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee dalam satu majlis pengisytiharan calon PRN Pulau Pinang di Pongsu Seribu, Kepala Batas di sini, malam tadi.

Ronald ketika ditemui bagaimanapun meminta supaya wartawan merujuk senarai penuh calon yang terpilih dalam laman sesawang Pas manakala usaha untuk mendapatkan komen Dominic juga gagal apabila beliau dikatakan bergegas meninggalkan majlis lebih awal.

Dalam pada itu, Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang, Muhammad Fauzi Yusoff memberitahu, kekeliruan mengenai calon untuk kerusi DUN Bayan Lepas itu akan ‘dileraikan’ dalam satu sidang akhbar oleh kepimpinan PN di peringkat Pusat, hari ini.

“Ala biasalah. Semua parti ada (percanggahan pendapat). Kita mengambil tanggungjawab sebagai pimpinan untuk mententeramkan kita punya pengikut.

“Sebab itu, PN Pusat mengambil tanggungjawab untuk mengumumkan esok hari (hari ini). Maka, kami di sini (Pulau Pinang), tak mau bagi, ‘special’ juga lah. Entah-entah dia (keputusan) berubah,” katanya.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI