fbpx

PN: Tiada ‘poster boy’ BN di Terengganu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad (kanan) menyerahkan watikah kepada calon BN DUN Jertih, Mohd. Rozaini Rasli di Kuala Terengganu hari ini.

KUALA TERENGGANU – Barisan Nasional (BN) Terengganu tidak akan menggunakan pendekatan ‘posterboy’ bagi memenangi hati pengundi negeri ini pada Pilihan Raya Negeri (PRN), 12 Ogos depan.

Pengerusi BN Terengganu, Datuk Ahmad Said berkata, tiada figura politik tempatan yang akan ditonjolkan sebagai ‘poster boy’ kali ini.

Sebaliknya, Ahmad berkata, fokus utama adalah menawarkan kepimpinan kerajaan negeri yang cekap seiring dengan kerajaan Perpaduan di peringkat kerajaan Persekutuan kepada rakyat Terengganu.

“Kita juga tidak akan menamakan bakal Menteri Besar (sekiranya memenangi PRN) kerana ia hak mutlak Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin,” katanya selepas menyampaikan watikah kepada bakal calon BN yang bakal bertanding di 27 Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu pada PRN, 12 Ogos depan.

Dalam perkembangan sama, Ahmad mengingatkan semua jentera parti agar menghindari budaya cah keting atau sabotaj terhadap calon ditampilkan.

“Dalam politik, kita perlu berjiwa besar dan meletakkan kepentingan parti di hadapan. Saya juga telah mengingatkan semua calon agar berjumpa semua jentera di peringkat cawangan dan selesaikan isu berbangkit kalau masih ada,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI