fbpx

MOF segera agihkan kredit e-wallet RM100

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad (empat kanan) menerima dokumen kerjasama tiga buah syarikat bagi menjayakan aplikasi Lulus daripada Ketua Pegawai Operasi Lulus, Hasrul Syafiq di Shah Alam, hari ini. FOTO: FAIZ ALIF ZUBIR

SHAH ALAM – Pengagihan kredit e-wallet bernilai RM100 kepada rakyat berusia 21 tahun ke atas yang berpendapatan tahunan RM100,000 ke bawah akan disegerakan.

Timbalan Menteri Kewangan 1, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, ini adalah selaras pengumuman
Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan pengumuman berhubung pengagihan kredit akan dibuat dalam masa terdekat.

“Dianggarkan kira-kira 10 juta rakyat negara ini yang layak mendapat kredit e-wallet ini dan ia adalah berita baik untuk majoriti rakyat negara ini dengan melibatkan peruntukan berjumlah RM1 bilion,” katanya selepas menghadiri majlis tandatangan kerjasama di antara pengendali aplikasi Lulus, CTOS dan CelcomDigi di hotel DoubleTree by Hilton di I-City, di sini, hari ini.

Terdahulu, Anwar mengumumkan pemberian kredit e-wallet berkenaan pada majlis peluncuran Ekonomi Madani Memperkasakan Rakyat setelah melihat kejayaan dan impak besar program e-tunai kepada masyarakat. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI