fbpx

Mindef, JPA bincang opsyen segerakan beza pencen ATM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Adly bersama veteran ATM pada program itu di Pasir Penambang, Kuala Selangor, hari ini.

KUALA SELANGOR -Kementerian Pertahanan mempunyai opsyen cadangan dalam menyelesaikan segera perbezaan amaun pencen veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang bersara sebelum dan selepas 1 Januari 2013.

Timbalan Menterinya, Adly Zahari berkata, penelitian menyeluruh mengenai perkara itu akan dibincangkan antara kementerian dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Jelas beliau, pihaknya sudah mengadakan beberapa sesi mesyuarat dan mempunyai beberapa cadangan yang dikemukakan.

“Kita sentiasa mencari opsyen (pilihan) baharu supaya dapat meningkatkan lagi mutu kehidupan anggota tentera ATM pada masa depan.

“Semua aspek itu akan dilihat kerana apa yang lebih penting kini mereka yang berpencen (selepas 2013) juga boleh menerima bantuan sara hidup,” katanya ketika ditemui pada Program Peduli dan Sembang Santai Persatuan Veteran ATM Peringkat Selangor di Pasir Penambang di sini, hari ini.

Pada 14 Julai lalu, JPA memaklumkan mahu menyemak semula perbezaan amaun pencen antara veteran ATM yang bersara sebelum 1 Januari 2013 dan yang bersara mulai 1 Januari 2013.

Ini susulan pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang memaklumkan bayaran pencen pegawai awam bersara sebelum 2013 dikembalikan kepada amaun Disember 2012 manakala pencen pegawai awam bersara mulai 2013 pula dikembalikan kepada amaun asal ketika bersara. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI