fbpx

MetMalaysia keluarkan amaran angin kencang, laut bergelora

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora kategori pertama pada hari ini.

MetMalaysia dalam satu hantaran berkata, amaran itu dikeluarkan untuk aktiviti perkapalan sehingga 3 Ogos ini.

“Angin kencang barat berkelajuan 40 hingga 50 kilometer sejam dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter dijangka di kawasan perairan Phuket, timur laut Condore, Reef North, Layang-Layang, Labuan dan Palawan sehingga 3 Ogos ini.

“Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut,” katanya di sini tadi.

Dalam pada itu, MetMalaysia turut mengeluarkan amaran ribut petir melibatkan tiga buah negeri sehingga pukul 12 tengah hari ini.

“Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di negeri Kedah iaitu di Langkawi, Kota Setar dan Yan.

“Amaran sama juga dikeluarkan buat Pulau Pinang melibatkan Barat Daya dan Timur Laut manakala keadaan sama juga dikenakan di negeri Johor di Batu Pahat, Pontian, Kulai dan Johor Bahru,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI