NIAT berkongsi rezeki kemenangan selepas membawa pulang trofi Lawak Viral Popular pada Anugerah Bintang Popular ke-35 (ABP35), Syahmi Sazli, Hasif dan Yoey Parey meraikan kejayaan bersama penduduk kampungnya di Kelantan.
Trio itu mengambil inisiatif menyerahkan barangan dan keperluan dapur kepada peminat yang datang ke kedai milik Syahmi.
“Hari ini meraikan kemenangan bersama mereka yang datang ke kedai saya sambil berbahagi sedikit barangan dapur. Terima kasih semua,” kata usahawan dan penerbit itu menerusi TikTok.
Syahmi berkongsi video yang menunjukkan kedainya didatangi masyarakat setempat dan tidak ketinggalan memenuhi permintaan mereka bergambar bersama sambil memegang trofi.
Mizz Lahar pun tumpang seronok tengok sifat pemurah tiga rakan tersebut yang berbahagi rezeki dengan peminat terutama penduduk setempat.
Syahmi pun selepas majlis di Istana Budaya berakhir menyatakan mereka akan terus berkarya serta tambah semangat hasilkan konten berkualiti.
Mizz Lahar: Bangga apabila ada peminat yang sanggup hadiahkan Bell Ngasri sebuah kereta sempena sebab trofi Buntang Paling Popular.