KES kemenangan tiga bekas pelajar di sebuah sekolah yang menang tuntutan saman terhadap seorang guru di sebuah sekolah di Sabah turut mengimbau memori aktres popular, Maya Karin.
Maya mengakui tidak menghabiskan pengajian peringkat diploma kerana disebabkan pensyarah yang kerap membatalkan kuliah. Tidak puas hati dengan situasi tersebut dia juga berhenti dari kolej pengajiannya.
Katanya, setiap kali sampai ke kelas apa yang dilihat hanya nota makluman menyatakan kuliah dibatalkan berikutan ketiadaan pensyarah atas beberapa alasan.
Enggan membuang masa dan membazirkan wang keluarga, dia memutuskan untuk berhenti belajar biarpun itu keputusan berat.
Bintang Pontianak Harum Sundal Malam itu akhirnya bekerja selain mencari pengalaman dengan mengelilingi dunia serta bergelar pelakon.
Mizz Lahar: Pelik dengan segelintir selebriti yang tak sampai kolej pun tapi mengaku ada ijazah.