fbpx

Lepas cerai nak kawan baik? Mungkin tidak – Nurul Shuhada

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nurul Shuhada enggan berkawan baik dengan bekas suami, Hafidz Roshdi kerana bimbang dengan tanggapan masyarakat. - AFIQ RAZALI.

SHAH ALAM – Selepas sah bercerai bercerai talak satu, pelakon Hafidz Roshdi dan bekas isteri, Nurul Shuhada mempunyai pendirian masing-masing tentang hubungan pasca perpisahan.

Hafidz, 29, sedia berkawan dan meneruskan hubungan baik sementelah Shuhada, 29, enggan mengambil pendekatan yang sama.

“Saya akan meneruskan hubungan baik sebagai kawan dengan Shuhada,” kata Hafidz.

PELAKON Hafidz Roshdi sedia berkawan dengan bekas isteri, Shuhada walaupun tidak lagi bergelar suami isteri. – AFIQ RAZALI.

Shuhada enggan berbuat demikian kerana sekadar menganggap aktor itu sebagai bapa kepada anak-anaknya. Katanya, dia bimbang akan ada pihak yang terasa hati jika dia masih berhubung bersama bekas suaminya.

“Kalau kawan baik, mungkin tidak. Dia cuma bapa kepada anak-anak.

“Kami boleh berhubung untuk anak-anak. Selain dari itu, nanti ada orang marah,” katanya.

Pagi tadi, Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam mengesahkan lafaz cerai talak satu yang dibuat pelakon berusia 29 tahun itu terhadap isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri secara lisan pada 22 Februari lalu.

Sebelum ini, peguam syarie mewakili Hafidz iaitu Ummi Kartini Abd Latiff memaklumkan terdapat lafaz cerai di luar mahkamah yang didakwa berlaku sebanyak dua kali.

Nurul Shuhada mendakwa suaminya ada melafazkan cerai melalui aplikasi WhatsApp pada 20 Januari.

Pelakon drama rantaian Tundukkan Playboy itu turut dilaporkan melafazkan cerai kepada Shuhada melalui panggilan telefon di hadapan keluarga masing-masing kali kedua 22 Februari lalu.

Shuhada memfailkan proses pengesahan lafaz cerai di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam pada 28 Februari lalu.

Hafidz dan Shuhada mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016 dan mereka dikurniakan dua cahaya iaitu Humairah, 6, dan Umar, 2 tahun.

Kemelut rumah tangga mereka menjadi bualan ramai selepas mendakwa diganggu pihak ketiga. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI