fbpx

Lelaki murung dikhuatiri hilang terjun Sungai Endau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
OPERASI SAR yang dilakukan bagi mencari seorang lelaki tempatan yang terjun Sungai Endau, Mersing semalam

MERSING – Seorang lelaki tempatan dikhuatiri hilang selepas bertindak terjun ke dalam Sungai Endau di sini petang semalam.

Difahamkan mangsa dikenali sebagai Liew Yook Min, 50, sebelum itu makan di sebuah kedai makan dan kelihatan dalam keadaan murung sebelum terjun dari jambatan.

Komander Operasi Balai Bomba Penyelamat (BBP) Endau, Penolong Penguasa Bomba (PPgB) Mohd Alias Hussin berkata, seramai lapan anggota dari BBP Endau dan lapan anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) telah digerakkan ke lokasi kejadian bersama agensi lain seperti polis, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia juga polis marin.

“Setibanya pasukan keluaran operasi tiba di tempat kejadian didapati benar terdapat seorang mangsa lelaki dewasa telah terjun dari jambatan Endau.

“Kejadian itu disedari seorang pemilik kedai makan berhampiran yang melihat lelaki berkenaan dalam keadaan murung sebelum terjun ke dalam sungai tersebut.

“Susulan itu pasukan PPDA dari BBP Mersing dan polis marin melakukan pencarian dalam radius 1 kilometer dari tempat mangsa dipercayai terjun. Operasi mencari dan menyelamat (SAR) juga dilakukan dengan menggunakan teknik ‘surface and searching’ menggunakan bot,” katanya ketika dihubungi hari ini.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI