fbpx

Kerajaan diminta pertimbang kedai runcit koperasi dalam tuntutan BA100

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ABDUL FATTAH (kiri) menunjukkan barangan BA100 ketika melawat kedai Coop Klas D'Mart di Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Lanar di Lipis semalam.

LIPIS – Kerajaan diminta mempertimbang melantik 2800 koperasi kedai runcit yang bergabung di bawah Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) sebagai premis runcit Barangan Asas 100 (BA100) yang membolehkan penerima bantuan berbelanja di koperasi terbabit.

Presiden Angkasa, Datuk Seri Abdul Fattah Abdullah berkata, selain dapat merancakkan perniagaan kedai runcit koperasi langkah itu juga dapat memudahkan penduduk yang tinggal di kawasan luar bandar keluar berbelanja di koperasi yang terletak berhampiran.

Katanya, pada masa ini mereka cuma boleh berbelanja menggunakan BA100 di pasar raya terpilih sahaja menyebabkan mereka sukar membuat tuntutan sekiranya tinggal jauh daripada kawasan bandar.

“Sepatutnya 2,800 koperasi di Semenanjung dapat menerima penduduk terbabit untuk berbelanja BA100 dengan menggunakan Kad Pengenalan (MyKad) bagi amaun perbelanjaan RM100 sebulan itu.

“Tindakan ini dapat membantu golongan miskin tegar berbelanja BA100 di koperasi seluruh negara yang mempunyai barang makanan asas dengan harga berpatutan,”katanya selepas merasmikan kedai COOP Klas D’Mart di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kuala Lanar di sini hari ini.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI