fbpx

Kepala Amber Chia dibedah sebab jatuh tangga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – “Imbasan CT sudah diterima, tiada pendarahan dalaman”.

Itu perkongsian model dan pelakon, Amber Chia yang baharu selesai menjalani produser pembedahan di kepala akibat jatuh tangga.

Pagi tadi selebriti berusia 41 tahun itu mengundang kerisauan ramai apabila memuat naik gambar dirinya terlantar di sebuah pusat perubatan swasta.

Bersama kapsyen menyatakan berdepan kemalangan kecil akibat pitam, Amber turut memaklumkan sedang menunggu proses pembedahan.

“Jangan risau sebab berdasarkan CT scan, tiada pendarahan cuma luka terlalu besar, jadi kena jalani pembedahan.

“Terima kasih kerana mesej dan risaukan saya. Saya dah okey dan sedar,” luahnya.

Amber turut menunjukkan kesan jahitan pada luka di kepalanya dal am InstaStory.

Menurut ibu kepada seorang anak itu lagi, hakikatnya dia sendiri kurang pasti mengenai kejadian yang menimpanya.

“Semalam blackout (pitam), tak tahu apa jadi. Cuma sedar, bangun-bangun sudah berada di hospital,” jelasnya.

Dalam insiden yang difahamkan berlaku malam tadi, pelakon filem Hantu Gangster itu dibawa ke hospital oleh pengurusnya.

Ramai rakan mendoakannya segera sembuh termasuk lagenda badminton negara, Datuk Lee Chong Wei dan aktres Hong Kong, Elena Kong. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI