fbpx

Isteri selamat bersalin, Remy Ishak dah jadi bapa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Remy Ishak kini bergelar seorang bapa selepas isterinya, Ezza Yusof selamat melahirkan cahaya mata pertama.

PETALING JAYA – Pelakon Remy Ishak dan isterinya, Ezza Yusof selamat menimang cahaya mata pertama di Hospital Gleneagles, Kuala Lumpur yang dilahirkan pada pukul 11.17 pagi tadi.

Berita gembira tersebut dikongsikan bintang filem Ombak Rindu itu menerusi Instagram yang juga sebagai tanda kesyukuran atas doa orang ramai.

“Alhamdulillah, isteri saya Ezza Yusof selamat melahirkan bayi yang sangat comel pada pukul 11.17 pagi bertarikh 27 Julai 2023 di Hospital Gleneagles Kuala Lumpur.

“Keadaan isteri dan anak saya berada dalam keadaan sihat dan baik. Terima kasih atas kiriman doa dan ucapan tahniah,” katanya.

Tangkap layar pelakon Remy Ishak berkongsi berita gembira bahawa isterinya Ezza Yusof selamat melahirkan anak pertama mereka. – INSTAGRAM.

Begitupun, aktor berusia 41 tahun itu tidak mendedahkan jantina bayi mereka, sebaliknya sekadar menyatakan ibu dan si kecil dalam keadaan sihat.

Sebelum ini pasangan tersebut mendedahkan bakal menimang cahaya mata ketika kandungan isterinya memasuki lima bulan.

Remy atau Mohammad Zalimei Ishak dan Ezza melangsungkan perkahwinan pada 21 Ogos 2021 selepas lapan tahun menjalin cinta. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI