fbpx

Inisiatif Rintis Bantuan Tanpa Tunai boleh disekat jika beli ‘game online’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fuziah (tiga dari kiri) menyerahkan bantuan menerusi Program Outreach Sara Hidup di Bawah Inisiatif Rintis Bantuan Tanpa Tunai Pelajar Tingkatan Enam Aliran Agama Kelantan di Kota Bharu hari ini. FOTO ROHANA ISMAIL

KOTA BHARU – Kerajaan akan menyekat bantuan Inisiatif Rintis Bantuan Tanpa Tunai sebanyak RM150 yang disalurkan menerusi e-wallet kepada pelajar tingkatan enam dan Kolej Vokasional sekiranya dikesan membeli aplikasi permainan secara dalam talian atau ‘game online’.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup, Fuziah Salleh berkata, bantuan itu disalurkan kepada golongan tersebut untuk membeli data internet dan kos pengangkutan.

“Selain itu, pelajar boleh menggunakan bantuan tersebut untuk membeli kebersihan diri atau alat tulis.

“Saya harap pelajar yang menerima Inisiatif Rintis Bantuan Tanpa Tunai memanfaatkan kemudahan disediakan kerajaan dengan sebaik mungkin,” katanya kepada pemberita selepas Program Outreach Sara Hidup di Bawah Inisiatif Rintis Bantuan Tanpa Tunai Pelajar Tingkatan Enam Aliran Agama Kelantan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Fuziah memberitahu, sehingga kini, seramai 4,116 pelajar terbabit telah menerima Inisiatif Rintis Bantuan Tanpa Tunai yang diagihkan sebanyak RM50 sebulan bagi tempoh tiga bulan .

Menurutnya, pemberian secara tanpa tunai itu dilihat boleh mengurangkan risiko penyalahgunaan bantuan yang disalurkan oleh kerajaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI