fbpx

e-tunai RM100 untuk lebih 10 juta rakyat dewasa negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Kerajaan bersetuju untuk menawarkan kredit e-tunai sebanyak RM100 kepada semua rakyat dewasa di negara ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata, ia susulan kejayaan dan impak besar program e-tunai kepada rakyat.

“Mereka yang berpendapatan RM100,000 setahun dan ke bawah layak untuk menerima insentif ini.

“Bilangan penerima yang layak dianggarkan melebihi 10 juta rakyat merangkumi golongan B40 dan M40 dengan dana sekitar RM1 bilion,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Peluncuran Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat, di Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, di sini, hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI