fbpx

Akaun palsu guna nama isteri TMJ promosi pendingin hawa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANGKAP layar Facebook individu yang disyaki menggunakan nama dan gambar Che’ Puan Besar Khaleeda untuk mempromosi penghawa dingin sejak beberapa hari lalu.

JOHOR BAHRU – Satu akaun Facebook palsu dikesan menyamar sebagai isteri kepada Tunku Mahkota Johor, Che Puan Besar Khaleeda Bustamam bagi mempromosi pendingin hawa buatan Jepun.

Akaun Facebook bernama YAM Che’ Puan Besar Khaleeda itu turut menggunakan beberapa keping foto Che’ Puan Besar Khaleeda termasuk gambar bersama Tunku Ismail Sultan Ibrahim serta putera dan puteri mereka.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, pihaknya mendapat maklum mengenai perkara itu setelah seorang lelaki berusia 40 tahun tampil membuat laporan polis pada pukul 3.19 petang di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan, di sini semalam.

“Pengadu mendapati satu akaun Facebook menggunakan nama YAM Che’ Puan Besar Khaleeda Bustamam itu adalah akaun palsu.

“Akaun tersebut menerusi hantarannya menunjukkan kapsyen yang menggambarkan YAM Che’ Puan Besar Khaleeda mempromosikan pendingin hawa dari negara Jepun,” katanya kepada pemberita hari ini.

Akaun Facebook terbabit dipercayai telah diwujudkan sejak beberapa hari lalu dipercayai bagi memperdayakan warganet dengan menjual pengdingin hawa buatan Jepun pada harga promosi.

Pemilik akaun terbabit juga telah mengubah (edit) gambar seakan Che’ Puan Besar Khaleeda menyerahkan barangan elektrik itu kepada Naib Canselor Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof Datuk Dr. Ahmad Fauzi Ismail.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI