fbpx

5 tip tangani gangguan siber

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KES gangguan siber banyak berlaku dalam kalangan wanita. – Gambar hiasan

KES gangguan siber bukanlah isu baharu di negara ini, malah kerap berlaku terutama terhadap kaum wanita.

Baru-baru ini, tular luahan seorang jurugambar wanita tempatan yang sudah tidak tahan sering menerima mesej lucah daripada seorang lelaki.

Penularan berita tersebut mendapat perhatian pelbagai pihak termasuk polis, badan bukan kerajaan (NGO) serta masyarakat umum.

Rata-rata mahu membantu wanita tersebut mencari jalan penyelesaian berhubung dilema yang dialami.

Oleh itu, minggu ini Horizon mahu berkongsi beberapa tip bagi menangani gangguan siber secara umum buat semua pembaca.

Pantau situasi dan risiko
Tegur perbuatan pengganggu tersebut sekiranya orang itu kelihatan tidak sedar akan kesalahannya.
Sebagai contoh, sekiranya seseorang memiliki profil sebenar dan dia meletakkan komen yang mengguris perasaan, anda perlu tegurnya.
Sekiranya pengganggu tersebut tidak memakai gambar sebenar, sebaliknya menggunakan akaun palsu dan bertindak melampaui batas, abaikan sahaja. Ini kerana, tindakan mengganggu itu dilakukan secara sengaja. Sebarang reaksi akan memberikan kepuasan kepada pengganggu tersebut.

DOKUMENKAN semua perbualan untuk memudahkan laporan dibuat kepada pihak berkuasa.

Dokumenkan semuanya
Sekiranya gangguan itu berterusan, segera dokumenkan semua bukti sebelum menyekat akaun tersebut.
Ini penting, sekiranya pengganggu membuat akaun baharu setelah disekat, bukti sudah ada dalam tangan.
Butiran-butiran yang diperlukan adalah maklumat akaun pengganggu, masa, tarikh dan lokasi kejadian serta medium komunikasi digunakan.
Maklumat ini sangat penting ketika anda membuat laporan kepada pihak berkuasa.

Dapatkan sokongan moral
Tidak kira berapa teruk gangguan tersebut, dapatkan sokongan daripada orang sekeliling.
Penting untuk tidak keseorangan ketika cuba untuk menangani isu tersebut.
Dapatkan sokongan daripada NGO berkaitan seperti MIASA Crisis Helpline yang sedia membantu sepanjang masa.

Elak berkongsi maklumat peribadi dan gambar di media sosial. – Gambar hiasan

Berhati-hati tentang perkongsian online
Elakkan daripada berkongsi maklumat peribadi di media sosial.
Ini termasuk dalam bentuk penulisan, ‘geo tag’ atau gambar.
Cara ini bagi mengurangkan risiko pengganggu menghendap anda dalam dunia realiti.

Fokus pada perkara positif
Ambil masa untuk alihkan perhatian dengan melakukan perkara-perkara yang membawa keseronokan.
Langkah ini penting bagi mengelakkan terkena gejala kemurungan atau kegelisahan akibat gangguan siber.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI