fbpx

Vasseur kecewa prestasi Ferrari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LECLERC sekadar menamatkan saingan di kedudukan ketujuh selepas melakukan beberapa kesilapan di pit. - AFP

BUDAPEST – Prinsipal pasukan Ferrari, Frederic Vasseur tidak berpuas hati dengan keputusan yang diraih kedua-dua pemandunya, Charles Leclerc dan Carlos Sainz mencatat keputusan hambar di perlumbaan Grand Prix (GP) Hungary, Ahad lalu.

Sepanjang 70 pusingan perlumbaan di Litar Hungaroring tersebut banyak kesilapan dibuat pasukan Ferrari hingga menyebabkan kedua-dua pemandunya gagal berjuang untuk berada di podium.

Antara kesilapan yang dilakukan Ferrari ialah hentian pit yang diambil Leclerc lebih daripada tujuh saat dan lebih memeritkan, pelumba itu turut dikenakan penalti lima saat selepas dikesan terlalu laju di hentian pit.

Pada perlumbaan tersebut, Leclerc yang memulakan perlumbaan dari petak keenam perlumbaan akhirnya sekadar menamatkan perlumbaan tempat ketujuh, manakala rakan sepasukannya, Sainz menduduki tempat kelapan.

“Apa yang boleh saya rumuskan keputusan kami agak teruk dan perlumbaan yang rumit dengan Leclerc kehilangan banyak masa semasa hentian pit. Kemudian dia dikenakan penalti lima saat kerana memandu laju di laluan ke pit.

“Dengan Sainz pula kami mengambil risiko untuk memulakannya dengan tayar lembut dan itu adalah langkah yang baik pada peringkat awal kerana dia berjaya meraih keputusan terbaik, tetapi selepas itu kami tahu ia akan menjadi agak sukar,” kata Vasseur.

Dalam pada itu, Vasseur enggan pasukannya terus meratapi kekecewaan tersebut dan menumpukan perhatian menjelang perlumbaan seterusnya di Grand Prix (GP) Belgium yang berlangsung pada hujung minggu ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI