fbpx

Singapura hukum gantung wanita pertama dalam 20 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Banduan pertama akan menjalani hukuman gantung di Penjara Changi hari ini. - Google Street View

SINGAPURA – Singapura akan melaksanakan hukuman mati ke atas dua pengedar dadah minggu ini dengan salah seorang daripadanya adalah wanita, kata sebuah kumpulan hak asasi manusia yang mendesak hukuman itu dibatalkan.

Sekiranya ia dilaksanakan, banduan berusia 45 tahun itu akan menjadi wanita pertama yang menjalani hukuman tersebut dalam masa 20 tahun di Singapura selepas pesalah bernama Yen May Woen dihukum mati pada 2004 atas kesalahan serupa.

Pertubuhan hak asasi tempatan, Transformative Justice Collective (TJC) berkata, banduan pertama, seorang lelaki berusia 56 tahun didapati bersalah kerana mengedar dadah jenis heroin seberat 50 gram.

Dia dijadual menjalani hukuman tersebut di Penjara Changi hari ini.

Sementara itu, banduan kedua akan dihukum gantung Jumaat ini. Dia dijatuhi hukuman tersebut pada 2018 kerana mengedar 30 gram heroin.

Singapura menguatkuasakan hukuman mati kepada beberapa jenayah termasuk bunuh dan berkaitan penculikan.

Sekurang-kurangnya 13 banduan telah dihukum gantung setakat ini selepas pihak berkuasa menyambung semula hukuman tersebut setelah ia dihentikan selama dua tahun ekoran pandemik Covid-19. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI