fbpx

Sekatan beras India tidak jejas bekalan 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamad (dua dari kiri) menyampaikan bantuan khas kepada penerima pada Program Sentuhan Agro Madani dan Majlis Penyampaian Bantuan Khas kepada Pesawah MADA di PPK MADA C-III Tajar, Alor Setar, hari ini - Foto oleh SHAHIR NOORDIN

ALOR SETAR – Langkah India menghentikan eksport beras putih sejak minggu lepas tidak mendatangkan impak kepada Malaysia yang hanya mengimport beras basmathi dari negara itu.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, masalah bekalan itu tidak berlaku kerana Malaysia masih mengimport beras dari Thailand dan Vietnam.

“Setelah India mula menyekat eksport beras mereka, jadi kita berharap Thailand dan Vietnam akan terus mengeksport beras kepada kita,” katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri Majlis Penyampaian Bantuan Wang Ihsan dan Bantuan Asas kepada Pesawah Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) di PPK MADA C-III Tajar di Langgar, dekat sini hari ini.

Mohamad mengulas tentang tindakan India yang mula menghentikan eksport beras putihnya kecuali basmathi minggu lepas ekoran bencana alam di negara tersebut termasuk kenaikan harga barang itu di negara tersebut.

Mengulas lanjut, kata Mohamad, penanaman padi lima musim dua tahun mampu menghapuskan kebergantungan Malaysia kepada beras import daripada negara terlibat.

Katanya, atas faktor keterjaminan makanan ruji itu kerajaan bersedia untuk membelanjakan sebanyak RM3 bilion bagi memperbaiki infrastruktur di kawasan MADA sebelum diperluaskan ke KADA.

Mengulas lanjut kata beliau, setakat ini MADA mengenal pasti kawasan seluas 213 hektar daripada 1,200 hektar sawah yang terlibat bagi memulakan projek penanaman padi lima kali dua tahun itu.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI