fbpx

Rumah terbakar, tiga beranak terjun dari tingkat dua

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan rumah tiga beranak di Kampung Sangkir, Kota Belud yang musnah dalam kebakaran awal pagi tadi. -Foto BOMBA

KOTA BELUD – Demi menyelamatkan nyawa, seorang wanita bersama dua anaknya terjun dari tingkat dua rumah mereka di Kampung Sangkir yang musnah dalam kebakaran awal pagi tadi.

Bagaimanapun, mangsa berusia 46 tahun dan dua anak lelakinya masing-masing berusia 14 dan enam tahun dilaporkan hanya cedera ringan di bahagian kaki.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Belud, Muhammad Syazwan Latun berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kebakaran itu pada pukul 1.40 pagi.

“Pasukan bomba bertindak mengawal dan memadam kebakaran menggunakan satu aliran, dua pancutan dengan sumber air dari tangki jentera sebaik tiba di lokasi kebakaran.

“Kebakaran membabitkan sebuah rumah dua tingkat jenis separuh kekal terbakar sepenuhnya,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Mengulas lanjut, Muhammad Syazwan berkata, seorang wanita bersama dua anaknya cedera ringan selepas terjun dari tingkat dua rumah yang terbakar untuk menyelamatkan diri.

“Tiga beranak yang cedera ringan kemudiannya diberi rawatan awal oleh pasukan EMRS dan sebelum dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut. Setakat ini punca dan kerugian masih dalam siasatan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI