TIDAK pernah berkongsi hal peribadi dan cinta, penyanyi Rossa mendedahkan sebenarnya dia sudah beberapa kali menjalin hubungan cinta tanpa diketahui umum.
Penyanyi lagu Pudar itu berkata, dia tidak mendedahkan hal itu kerana mahu menjaga privasi pasangannya yang bukan dalam golongan selebriti.
“Sebenarnya saya sudah beberapa kali menjalinkan hubungan cinta, cuma saya tidak beritahu kerana saya mahu karya saya sahaja jadi perbincangan.
“Saya mahu jaga privasi pasangan,” ujarnya.
Ketika disoal tentang rancangan berumah tangga, Rossa juga mengakui sudah beberapa kali dilamar.
“Ramai yang ajak menikah tapi saya tidak mahu. Saya mahu mengenali terlebih dahulu.
“Mungkin belum jumpa yang tepat dan waktu tidak sesuai. Doakan sahaja supaya saya bertemu jodoh,” akui Rossa.