KEDUDUKAN ranking dunia skuad Johor Darul Ta’zim (JDT) melonjak selepas berada di tangga ke-447 berdasarkan laman rasmi yang dikeluarkan oleh Opta Analyst baru-baru ini.
Portal tersebut melakukan analisa berdasarkan prestasi semasa pasukan dengan hampir 13,500 kelab di seluruh dunia berada dalam senarai ranking tersebut.
Skuad Harimau Selatan yang masih segar dengan kejayaan menjuarai trofi Piala FA baru-baru ini berjaya meraih 72.7 mata dan naik 126 anak tangga berbanding kedudukan ke-573 pada Februari lepas.
Malah, berdasarkan senarai ranking, tiada lagi kelab Liga Malaysia (Liga M) yang mampu berada dalam kelompok 500 kelab terbaik dunia dan yang paling hampir berada di kedudukan 2,148 dan ke bawah.
Selangor yang menjadi pasukan kedua terbaik Malaysia, berada di kedudukan ke 2,148 dunia, diikuti Terengganu (ke-2,257), Kuala Lumpur City (2,964) dan Kedah Darul Aman FC (3,158).
Namun, JDT masih belum mampu memintas status kelab gergasi Thailand, Buriram United yang masih dianggap sebagai kelab terbaik Asia Tenggara ketika ini berdasarkan ranking mereka di tempat ke-418 dunia dengan 73.1 mata.
Berdasarkan ranking Asia pula, JDT berada di kedudukan ke-31 terbaik dengan kelab gergasi Arab Saudi, Al-Ittihad kekal di posisi pertama benua ini.
Menurut ranking laman tersebut, Juara Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester City, berada di ranking teratas dengan mengumpul 100 mata diikuti kelab Jerman, Bayern Munich (95.9 mata), di tangga kedua dan Liverpool (93.8 mata) di kedudukan keti