fbpx

PRN: Azmin, Rina Harun antara taruhan PN di Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Azmin dan Rina Harun

PETALING JAYA – Bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali antara 56 orang calon yang ditampikan Perikatan Nasional (PN) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor pada 12 Ogos depan.

Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Azmin yang juga Pengerusi Perikatan akan mewakili parti itu untuk bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Hulu Kelang.

Jelas Muhyiddin, selain Azmin bekas Menteri Pembangunan, Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun turut tercalon untuk mewakili PN pada PRN kali ini.

“Datuk Seri Rina Harun akan bertanding di DUN Batu Tiga, manakala Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Ahmad Yunus Hairi di Sijangkang,” katanya pada Majlis Pengumuman Calon PN Selangor di sini sebentar tadi.

Turut hadir Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainuddin dan Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man.-KOSMO ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI