fbpx

Pengurus acara rugi, labur RM1.2 juta komisen hanya RM20,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUCHING – Seorang pengurus acara berputih mata apabila pelaburannya berjumlah RM1.2 juta lesap dan cuma dibayar komisen sebanyak RM20,000.

Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri berkata6, pada 14 Mei lalu, lelaki berusia dalam lingkungan 30-an itu ditawarkan satu pekerjaan sambilan iaitu jual beli secara dalam talian oleh seorang wanita menerusi aplikasi Tinder.

Wanta itu memperkenalkan diri sebagai Emma dari Vietnam.

“Mangsa dimaklumkan dia akan mendapat pulangan sebanyak 1.1 peratus jika menyertai kerja sambilan tersebut selain komisen jika barangan yang dijual dalam laman sesawang yang diberikan suspek terjual,” katanya.

Mohd Azman berkata, mangsa berhubung dengan suspek melalui aplikasi WhatsApp dan Telegram. Dia juga diberikan pnerangan menerusi panggilan video.

“Mangsa telah diberikan pautan clickmart.site dan ID bagi aplikasi itu sebelum membuat 27 kali transaksi pembayaran ke tujuh akaun bank antara 15 Mei dan 13 Julai ini yang berjumlah RM1.2 juta.

“Sehingga kini, mangsa hanya menerima pulangan sebanyak RM20,000,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Azman berkata, mangsa menyedari dia ditipu apabila tidak lagi mendapat komisen seperti dijanjikan oleh suspek.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI