fbpx

Pengarah syarikat tidak mengaku berururusan dengan barang kawalan gula tanpa lesen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LOW Zishi (belakang, baju hitam) didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan berurusan dengan barang kawalan iaitu 34.560 kilogram (kg) gula tanpa lesen, tahun lalu. -Foto MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN

SEREMBAN – Pengarah sebuah syarikat didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan berurusan dengan barang kawalan iaitu 34.560 kilogram (kg) gula tanpa lesen, tahun lalu.

Orang kena saman (OKS), Low Zishi, 24, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mazni Nawi.

Mengikut pertuduhan, tertuduh telah melanggar Peraturan 3(1) Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974 iaitu berurusan barang kawalan gula cap Prai sebanyak 34.560 kilogram secara borong dengan sebuah syarikat peruncit tanpa lesen.

Kesalahan itu dilakukan kira-kira pukul 10.30 pagi di syarikatnya di Jalan Techvally, Bandar Sri Sendayan, di sini pada 13 Oktober 2022.

Sehubungan itu, OKS melakukan kesalahan di bawah Peraturan 21 peraturan yang sama dan boleh dihukum mengikut Seksyen 22 (2) Akta Kawalan Bekalan 1961.

Mana-mana pertubuhan perbadanan yang melakukan suatu kesalahan terhadap akta ini apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi RM2juta dan bagi kesalahan yang kedua atau yang berikutnya, didenda tidak melebihi RM5juta.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN), Khairul Azman Rosli, manakala tertuduh diwakili Peguam Asmawi Ismail.

Mahkamah kemudian menetapkan kes disebut semula 23 Ogos depan untuk mengemukakan representasi. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI