fbpx

Pemilik taman tema air tawar pekerjaan kepada pencuri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sarawut dirakam mencuri bahan minuman di kedai Pitsanu. - MGR Online

BANGKOK – Seorang pemilik taman tema air di wilayah Isaan, Thailand menarik balik aduan terhadap sepasang suami isteri yang mencuri dari kedainya sebelum menawarkan mereka pekerjaan, lapor laman berita Thaiger semalam. 

Kamera televisyen litar tertutup (CCTV) sebelum itu merakam tindakan Sarawut, 29, mencuri makanan dari sebuah kedai di Taman Air Aloha pada 4 Julai lalu, manakala isterinya, Arun, 43, dan anak perempuan mereka yang berusia tujuh tahun menjadi pemerhati.

Sarawut mencuri minuman teh hijau, susu pekat dan beberapa bahan membuat minuman lain sebelum meletakkannya ke dalam beg. Dia kemudian berlalu sebelum berlari tergesa-gesa bersama keluarganya menggunakan motosikal.

Pemilik taman air tersebut, Pitsanu Siripongtanakorn, menyerahkan bukti rakaman tersebut di Balai Polis Meaung Sakon Nakhon sebelum pasangan itu ditangkap Isnin lalu di rumah sewa mereka.

Pasangan berkenaan kemudian mengakui kesalahan mereka.

Arun berkata, dia menyara keluarganya dengan menjual makanan pencuci mulut buatan sendiri dan mencuri bahan-bahan tersebut untuk mengurangkan kos perniagaan serta meningkatkan pendapatan.

Selepas Pitsanu berjumpa dengan kedua-dua suspek di balai polis, dia berasa kasihan melihat anak pasangan berkenaan, lantas menarik balik tuduhan terhadap mereka.

Dia juga menawarkan pekerjaan kepada pasangan tersebut di taman airnya setelah mengetahui bahawa mereka sukar untuk menyara kehidupan dan menghadapi risiko dihalau dari rumah sewa. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI