fbpx

Orang Asli Gua Musang dapat jalan berturap selepas 60 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MASYARAKAT Orang Asli di pedalaman Gua Musang menanti kemudahan jalan perhubungan desa sejak lebih 60 tahun lalu.

GUA MUSANG – Selepas 60 tahun, penduduk Orang Asli suku kaum Temiar mampu menarik nafas lega apabila mereka bakal menikmati kemudahan jalan yang selesa apabila kerajaan meluluskan peruntukan RM200 juta bagi menaik taraf jalan ­perhubungan.

Peruntukan yang membabitkan pembinaan infrastruktur itu dijangka memberi man­faat kepada lebih 6,000 keluarga masyarakat Orang Asli di pos pedalaman se­perti di Pos Balar, Pos Belatim dan Pos Bihai.

Timbalan Pengerusi Jaringan Kampung Orang Asli Kelantan (JKOAK), Nasir Dollah berkata, pengumuman dibuat kerajaan memberi harapan baharu ke­pada masyarakat Orang Asli untuk mendapat akses jalan yang lebih mudah untuk ke bandar bagi melakukan pelbagai urusan.

“Penantian penduduk di sini tidak sia-sia. Saya harap projek ini dapat dilaksanakan dengan lebih terancang dan tersusun. Sememangnya kami menantikan jalan ini sejak sekian lama kerana tiada laluan perhubungan yang baik di sini.

“Berita ini sekali gus memberi kesan kepada kelangsungan kehidupan Orang Asli seperti menghantar anak ke sekolah, kes kecemasan dan urusan jual beli di pedalaman,” katanya.

Sementara itu, Ketua Penghulu Orang Asli Kelantan, Bidi Rong­geng berkata, pihaknya berharap pelaksanaan projek menaik taraf jalan itu dapat disegerakan sebelum musim tengkujuh bagi memberi keselesaan terutama penduduk yang berada di pedalaman.

Terdahulu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan kerajaan meluluskan peruntukan RM200 juta untuk menaik taraf jalan di perkampungan Orang Asli di Gua Musang.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI