fbpx

Mahkamah: Balasan komplot baiki kereta kemalangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

SHAH ALAM – Dua lelaki termasuk pemandu Jabatan Kesenian Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Selangor dipenjara sehari dan denda RM8,000 oleh Mahkamah Sesyen di sni hari ini kerana terabit dalam komplot pembaikian kereta kemalangan.

Hakim Datuk Anita Harun menjatuhi hukuman itu selepas tertuduh, Erhanhazwan Hasim, 38 dan Ali Mochammad, 35, menukar pengakuan kepada bersalah atas pertuduhan pindaan pilihan.

Mahkamah turut memerintahkan hukuman penjara tambahan lapan bulan sekiranya tertuduhgagal membayar denda.

Mereka didakwa dengan niat bersama memperdayakan seorang wanita sehingga mendorongnya menyerahkan salinan kad pengenalan dan geran kereta dengan mempercayai tertuduh membaiki kenderaan itu tanpa tuntutan insurans.

Perbuatan itu dilakukan di JKKN Selangor, Wisma Majlis Bandaraya Shah Alam di sini pada 23 Mac 2021.

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 415 Kanun Keseksaan dibaca bersama seksyen 34 kanun sama yang boleh dihukum di bawah Seksyen 417 kanun sama yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya.

Berdasarkan fakta kes, mereka menggunakan sebuah kenderaan pelbagai guna jenis Perodua Alza milik seorang wanita yang kemek di bahagian fender selepas terbabit kemalangan dengan Toyota Hilux.

Mereka kemudian merancang kemalangan baharu melibatkan tiga buah kenderaan termasuk dua milik rakan Ali sebelum membuat tuntutan palsu dengan seorang pemilik bengkel kenderaan.

Erhanhazwan dan Ali yang tidak diwakili peguam merayu hukuman ringan kerana menanggung empat dan lima anak selain isteri.

“Kami cukup kesal dan insaf. Ini kali pertama dan terakhir melakukan kesalahan begini,” ujar mereka.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Muaz Ahmad Khairuddin memohon hukuman berat kerana pengakuan bersalah kedua-dua tertuduh adalah bersifat pilihan.

“Ini juga mengambil kira kepentingan awam terhadap perbuatan dilakukan tertuduh itu,” tegasnya. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI