fbpx

Lelaki mengadu demam, sesak nafas dalam lokap meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR -Seorang lelaki warga tempatan dilaporkan meninggal dunia semasa menjadi tahanan di lokap Balai Polis Setiawangsa, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju, di sini.

Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS), Datuk Seri Azri Ahmad berkata, lelaki berusia 59 tahun itu pada awalnya ditahan di bawah Seksyen 39(B) Akta Dadah Berbahaya 1952 sebelum ditahan dalam lokap, 6 Julai lalu.

Menurutnya, pada 18 Julai pula, Orang Kena Tuduh (OKT) ditangkap bersabit satu kes lain kemudian ditahan dalam lokap yang sama.

“OKT mula mengadu demam dan dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk mendapatkan rawatan bagaimanapun dihantar semula ke lokap selepas diberikan ubat sakit pada hari yang sama, Jumaat lalu.

“Bagaimanapun, semalam polis membawa OKT ke hospital selepas rakan selnya melihat OKT sesak nafas dan bersandar pada sinding tandas,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Azri, hasil pemeriksaan doktor daripada Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Kuala Lumpur telah mengesahkan kematian OKT.

“Bedah siasat akan dijalankan di Hospital Kuala Lumpur untuk mengetahui punca kematian bermula hari ini,” katanya.

Tegas beliau, Unit Siasatan Jenayah dan Kematian Dalam Tahanan (USJKT), JIPS Bukit Aman akan menjalankan siasatan berkaitan kes tersebut.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI