fbpx

KSM kumpul input perincikan model gaji progresif

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mustapha (tiga dari kiri) menunjukkan isyarat bagus selepas merasmikan Outreach TVET Madani Zon Utara 2023 di ILP Kangar, hari ini.

KANGAR – Kementerian Sumber Manusia (KSM) kini sedang mendapatkan input daripada pelbagai pihak berkepentingan bagi tujuan pelaksanaan model gaji progresif.

Timbalan Menterinya, Mustapha Sakmud berkata, model gaji yang bertujuan membantu menangani kos sara hidup itu perlu mengambil kira aspek ekonomi di negara ini bagi memberi manfaat kepada semua pihak.

“Antara pihak terlibat adalah sektor industri, kesatuan pekerja, majikan dan pelbagai pihak lain bagi membolehkan polisi terbaik dapat dirangka sebelum dilaksanakan.

“KSM dan Kementerian Ekonomi secara prinsipnya bersetuju untuk melihat kerangka model gaji ini dan dijangka bakal dibentangkan pada Ogos ini,” katanya pada sidang akhbar selepas Program Outreach TVET Madani Jom Pilih Kemahiran Zon Utara 2023 di Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kangar, di sini, hari ini.

Kerajaan baru-baru ini menuntut komitmen dan kerjasama sektor swasta dalam memastikan pelaksanaan dasar kenaikan gaji progresif untuk menangani kenaikan kos sara hidup.

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, keutamaan kerajaan ketika ini adalah untuk merapatkan jurang ketara antara pertumbuhan gaji rakyat dengan kenaikan kos sara hidup.

Menurut Mustapha, perbincangan juga akan dilaksanakan bersama Ketua Setiausaha Negara dan Kementerian Ekonomi bagi membolehkan model gaji progresif itu sesuai dilaksanakan berdasarkan situasi semasa negara ini.

“Kita juga akan mengadakan perbincangan dengan Bank Negara bagi melihat tahap gaji yang wajar buat pekerja,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI