fbpx

Keluarga buang Jocelyn Chia, tak mengaku anak?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jocelyn Chia

PETALING JAYA – Seorang pengguna Twitter yang mendakwa bapa kepada pelawak kontroversi kelahiran Singapura, Jocelyn Chia membuat pengumuman terbuka membuang anaknya daripada keluarga mereka.

Ciapan itu dimuat naik pemilik akaun Anthony Chia Whye Liang menerusi satu hantaran pada Twitternya beberapa hari lalu.

Menerusi hantaran itu, lelaki tersebut secara terbuka membuat pengumuman kali pertama bahawa dia dan isteri tercinta Shirley tidak mengakui Jocelyn sebagai anak sehingga mereka meninggal dunia.

“Apa yang dilakukannya adalah kegagalan saya membesarkannya untuk menjadi manusia berguna kepada masyarakat.

“Orang ramai berhak mendapatkan lebih baik daripada ini,” katanya.

Bagaimanapun, pengguna Twitter kemudian mendedahkan kemungkinan pemilik akaun tersebut adalah palsu dan sengaja mencetuskan ciapan sedemikian sekadar untuk mendapatkan pengaruh di media sosial.

Lebih sangsi apabila akaun itu diwujudkan pada bulan ini, serta membuat beberapa hantaran disifatkan ‘pelik’ dan kemudian secara tiba-tiba membuat pengumuman membuang Jocelyn Chia.

Bertambah menghairankan pengguna apabila hantaran mengenai Jocelyn Chia dibuang keluarga diletakkan ‘pinned’ bagi memastikan ia sentiasa berada di ciapan pertama.

“Baca boleh, percaya jangan,” komen seorang pengguna Twitter.

“Bukan boleh percaya, entah-entah buat akaun lagi satu,” kata pengguna yang lain.

“Akaun palsu, agaknya Jocelyn sendiri yang buat untuk dapatkan pengaruh,” ujar seorang lagi pemilik akaun Twitter. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI