fbpx

Jangan banding Kuala Lumpur, bandingkan Kelantan dengan Pahang – Nik Mohd. Amar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Perbandingan terminal bas Kuantan (kiri) dan terminal bas Kota Bharu.

PETALING JAYA – “Jangan cuba bandingkan kemajuan negeri Kelantan dengan Kuala Lumpur, Selangor dan Pulau Pinang kerana tiga buah negeri ini sudah berada dalam ‘liga lain’.

“Yang sepatutnya Kelantan boleh dibandingkan dengan Pahang dan Negeri Sembilan,” jelas Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Mohd. Amar Abdullah.

Menurut Nik Mohd. Amar semasa menjawab soalan program bual bicara bertajuk ‘Kelantan Maju 2028’ berkata, masyarakat harus jelas apa yang dimaksudkan dengan pembangunan, tambahnya lagi tugas kerajaan pusat dan kerajaan negeri adalah dalam lingkungan yang berbeza.

“Nak kata Kelantan tak ada jalan raya, kita ada. Nak kata Kelantan tak ada hospital kita ada. Cuba faham dulu pembangunan yang macamana, itu semua tanggung jawab kerajaan pusat.

“Ketika UMNO memerintah Kelantan selama 12 tahun dulu, Kelantan tidak maju juga. Di Gua Musang maju sekarang pun kerana Pas memerintah, dasar yang kita bawa,” jelasnya.

Dalam pada itu, seorang pengguna media sosial, Nabeel Naqie Lima terpanggil dengan jawapan tersebut telah berkongsikan beberapa keping foto berkenaan perbandingan kemajuan pembangunan negeri Pahang dan Kelantan.

“Nik Amar kata jangan banding Kelantan dengan Kuala Lumpur. Bandingkan dengan Pahang.

“Abang kakak semua tengok gambar-gambar Terminal Bas Kuantan. Gambar akhir itu pula Terminal Kota Bharu,” tulisnya. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI