PENYANYI yang terkenal dengan lagu Tak Ingin Usai, Keisya Levronka dikecam netizen gara-gara berkelakuan tidak sopan ketika sesi wawancara sebuah program audiosiar (podcast) baru-baru ini.
Video Keisya ditemu ramah pengacara Marlo Ernesto tular memperlihatkan sikapnya yang dianggap biadab semasa menjawab soalan yang diajukan.
Biarpun soalan-soalan tersebut dikatakan bukan soalan sensitif, penyanyi itu dilihat menjawab secara main-main sejak awal sesi temu bual berlangsung.
Video podcast yang dimuat naik Volix Media tersebut kemudiannya dipadam atas permintaan pengurusan Keisa
Tidak tahan dikecam, Keisya membuat keputusan menyahaktifkan akaun instagram miliknya buat sementara waktu.
Rata-rata netizen menganggap penyanyi itu terlalu mengikut emosi dan tidak profesional ketika bekerja.
Sementara itu, ibunya, Levi Leonita Havron menerusi Instagram menganggap kontroversi yang berlaku menjadi pengajaran terbesar untuk anaknya yang muda itu.
Sebagai ibu, Levi juga memohon maaf terhadap semua pihak dan peminat yang terkesan dengan sikap kurang matang anaknya itu.