fbpx

Diboikot keluarga kerana larang kanak-kanak hadir majlis kahwin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abang wanita itu tidak berpuas hati dengan keputusannya. - freefix

WASHINGTON – Seorang bakal pengantin berdepan situasi diboikot ahli keluarga selepas dia memutuskan untuk tidak membenarkan kanak-kanak menghadiri majlis perkahwinannya, lapor akhbar Metro UK semalam.

Berdasarkan kisah yang disiarkan di forum perbincangan Reddit, wanita berusia 32 tahun itu berkata, dia dan tunangnya akan berkahwin dalam masa tiga bulan lagi.

Mereka memilih untuk mengadakan majlis perkahwinan tanpa kanak-kanak bukan sahaja kerana merancang untuk menghidangkan minuman keras, bahkan mahu berparti dan mengadakan aktiviti lain yang tidak melibatkan kanak-kanak.

Ia juga disebabkan oleh masalah berkaitan kesuburan yang mereka hadapi sebagai pasangan.

“Kami sukar untuk mendapatkan anak dan saya mengalami keguguran pada Februari lalu,” kata wanita itu sambil menambah, kehilangan tersebut menjejaskan emosinya.

Tambah wanita itu, abangnya ialah seorang bapa tunggal kepada dua anak perempuan berusia dua dan tiga tahun dan dia sangat gembira menjadi ibu saudara mereka.

“Apabila melihat anak saudara, ia membuatkan hati saya lebih hancur. Jadi, saya meminta dia (abang) untuk tidak membawa mereka berdekatan dengan saya buat sementara waktu,” katanya. 

Abang wanita itu dikatakan tidak memberi respons dengan baik dan menjauhkan diri daripadanya. 

Selepas membuat keputusan melarang kanak-kanak menghadiri majlis itu, beberapa ahli keluarga wanita tersebut dikatakan menerima keputusan itu, namun tidak semua berpuas hati.

“Ibu bapa saya sendiri berkata bahawa jika anak saudara dan abang saya tidak dibenarkan hadir ke majlis itu, mereka tidak akan hadir,” tambahnya. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI