PETALING JAYA – Seorang kanak-kanak lelaki melalui detik mencemaskan apabila tanpa sedar ‘baring’ di atas seekor ular.
Lebih membimbangkan apabila ia dipercayai spesis ular senduk yang berbisa.
Menerusi perkongsian video Miazaraa di TikTok, dapat dilihat ibu kepada kanak-kanak tersebut yang menggunakan nama Yana, memaklumkan anaknya itu selamat ketika kejadian, menerusi ruangan komen.
“Salam, ni anak saya. Alhamdulillah anak saya selamat dan ini bukan ular mainan ya, ular senduk, amat berbisa tapi Allah jaga anak saya,” kongsinya.
Kejadian dipercayai berlaku di rumah pengasuh kanak-kanak tersebut dan disebalik pihak yang mengecam, ramai memuji perakam video berkenaan kerana tidak panik.
“Bagus akak ni tenang. Ular ni kita tak boleh panik, kau kena tenang jangan bergerak. Kau bergerak, memang habis,” kata Nurazlynn.
“Nasib baik adik ni tak brgerak. Ular aktif pada pergerakan,” ujar Nurul Fatimah
“Betul, kalau panik lagi la ular tu rasa terancam, lagi bahaya,” kata seorang pengguna.
Video itu menjadi tular dan mendapat hampir 4 juta jumlah tontonan sejak ia dikongsikan, semalam. – KOSMO! ONLINE