fbpx

Bell Ngasri tunai janji, belanja pengundi bebola daging

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BELL memberi makanan percuma buat orang ramai selepas dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular Jumaat lalu.

PETALING JAYA – Pelakon Bella Ngasri mengotakan janji dengan membelanja atau memberi makan percuma kepada peminat yang bersusah payah mengundinya sehingga dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular pada Anugerah Bintang Popular ke-35 (ABP35), baru-baru ini.

Bell atau nama sebenarnya, Nasrizal Ngasri menerusi Instagram berkongsi perkara tersebut menerusi media sosialnya bersama sebuah jenama makanan ala barat popular tempatan.

“Bell Ngasri tak auta geng, dia buat betul-betul kenduri.

“Hari ini, seluruh cawangan restoran kami, 100 set bebola daging percuma,” tulisnya menerusi Instagram.

Menerusi sekeping foto yang dikongsikan dalam media sosial tersebut, tertera bait perkataan berbunyi: “Kenduri Yak Yak Yeay! Free (percuma) 100 set meatball.”

Sebelum ini, pelakon yang cukup dikenali menerusi karakter Barkoba menerusi telefilem 16 Puasa itu berjanji untuk belanja pengundi makan tengah hari di bulan Ramadan sekiranya menang trofi Bintang Paling Popular.

Bell bagaimanapun memohon maaf kerana tidak dapatkan menunaikan manifesto yang ‘dijanjikan’ sebelum ini selepas dinobat Bintang Paling Popular ABP35 Jumaat lalu.

Menurut laporan media, dia tidak menyangka gurauan untuk belanja pengundi makan tengah hari di bulan Ramadan dijadikan sebagai perkara serius.

Pada ABP35, Bell dinobatkan membawa pulang dua trofi iaitu Artis Komedi Popular dan trofi utama, Bintang Paling Popular selepas 37 tahun berkecimpung dalam dunia seni tanah air. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI