fbpx

Barang kemas bernilai RM1 juta ‘licin’ disamun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebuah kedai emas di Taman Pusat Perdagangan, Tanjung Rambutan, Ipoh dipecah masuk tiga penjenayah yang melarikan barang kemas dianggarkan bernilai RM1 juta yang disimpan di dalam peti besi.

IPOH – Pemilik kedai emas di Taman Pusat Perdagangan, Tanjung Rambutan di sini berputih mata apabila semua barang kemas dianggarkan bernilai RM1 juta yang disimpan di dalam peti besi dilarikan penjenayah hari ini.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, maklumat kejadian itu diterima daripada pemilik kedai emas pada pukul 10.30 pagi yang memaklumkan premis miliknya telah dipecah masuk pencuri.

Katanya, siasatan awal polis mendapati kejadian itu dipercayai berlaku antara pukul 1 hingga 3 pagi di mana suspek memecah masuk melalui pintu belakang.

“Jenayah ini dipercayai dilakukan tiga suspek lelaki memakai pelitup muka. Mereka memecah masuk ke dalam premis sebelum membuka peti besi yang menyimpan pelbagai barang kemas menggunakan ‘grinder’.

“Siasatan mendapati, suspek melarikan sejumlah barang kemas anggaran berat tiga kilogram (kg) dengan nilai pasaran dianggarkan bernilai RM1 juta,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, usaha sedang dijalankan bagi mengesan ketiga-tiga suspek untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi pegawai penyiasat kes, Asisten Superintenden Norshaharah Marzuki di talian 010-3790508,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI