fbpx

Bapa rakam video tampar bayi supaya ibu pulang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Deng menampar bayinya berkali-kali sehingga pipi mangsa bengkak. - SCMP/The Paper

BEIJING – Seorang lelaki di China menerima kecaman ramai selepas memuat naik klip video memaparkan dia menampar muka bayinya berkali-kali sebelum menghantar rakaman itu kepada ibu mangsa, lapor portal berita South China Morning Post (SCMP).

Menerusi kenyataan pihak berkuasa bandar Zhanjiang, lelaki bernama Deng itu bertengkar dengan kekasihnya, Chen awal bulan ini.

Dalam video yang direkod pada 4 Julai lalu, Deng dilihat memukul anak lelakinya sekitar 30 kali dalam masa 30 saat. 

Ketika bayi lelaki itu menangis, bapa yang kejam itu terus memukulnya sehingga wajah mangsa bertukar merah dan bengkak. 

Deng dikatakan berasa marah kerana terpaksa menjaga anaknya sendirian setelah dia ditinggalkan Chen. Dia menghantar video itu kepada wanita berkenaan agar bekas kekasihnya itu kembali kepadanya.

Bayi itu kini dijaga oleh pihak berkuasa tempatan, manakala Deng ditahan dan kes itu masih dalam siasatan. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI