fbpx

16 kes tumpahan minyak, bahan kimia berbahaya tahun ini – JAS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pasukan Bomba Malaysia dan Singapura menjalani latihan bersama sempena Latihan Menangani Tumpahan Bahan Kimia ke 13 di jambatan Linkedua, Iskandar Puteri.-Foto RAJA JAAFAR ALI

ISKANDAR PUTERI – Sebanyak 16 kes pencemaran melibatkan tumpahan minyak dan bahan kimia berbahaya telah dikesan Jabatan Alam Sekitar (JAS) sejak Januari tahun ini.

Ketua Pengarahnya, Wan Abdul Latiff Wan Jaffar berkata, kesemua kejadian pencemaran itu telah berjaya dikawal dengan kerjasama pelbagai agensi, sekaligus mengelakkan insiden lebih besar berlaku.

Menurut beliau, JAS sentiasa bersiap siaga dan berupaya untuk mengawal sebarang insiden pencemaran termasuk melibatkan bahan kimia berbahaya di seluruh negara.

“Untuk kes pencemaran minyak atau bahan kimia berbahaya, sebanyak 16 kes telah direkodkan berlaku di akhiri negara, dan semuanya telah berjaya dibendung mengikut prosedur ditetapkan.

“Majoriti kes tumpahan ini berlaku ketika kenderaan membawa muatan berkenaan terlibat dalam masalah semasa dalam perjalanan, sama ada berlaku kemalangan atau lain-lain, ini bukan orang buang.

“Sehubungan itu, JAS turut bekerjasama dengan syarikat terlibat untuk memastikan mereka mempunyai kelengkapan dan kemahiran untuk mengawal tumpahan yang berlaku agar tidak masuk ke alam sekitar seperti sungai atau sebagainya, sebelum ketibaan pihak berkuasa,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI