fbpx

YB Beliau seru pengundi keluar mengundi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar klip video Norhizam di Instagram menyeru orang ramai untuk keluar mengundi.

PETALING JAYA – Ahli politik yang seketika dahulu viral kerana kelantangannya, Datuk Norhizam Hassan Baktee menyeru agar semua pengundi yang layak untuk keluar mengundi pada 12 Ogos nanti.

Dia yang cukup terkenal dengan panggilan YB Beliau berkata, bagi rakyat Malaysia yang layak untuk mengundi, jangan takut untuk keluar mengundi selepas ini.

“Yang layak, yang sudah berusia 18 tahun ke atas perlu keluar mengundi. Pilih la parti-parti mana yang anda nak undi.

“Jangan takut, buat macam saya, perlu ingat cakap benda yang benar sahaja,” katanya melalui satu klip video di Instagram miliknya.

Terdahulu, Norhizam pernah memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Batu ketika dia menjadi calon bagi parti DAP Melaka.

Dia pernah dilantik sebagai Exco Pertanian, Penternakan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri Melaka.

Kemudian dia membuat keputusan untuk keluar DAP dan menyatakan sokongan kepada pihak lain, namun tindakan tersebut membuatkan dia hilang jawatan.

Pada Pilihan Raya Negeri Melaka sebelum ini, dia pernah bertanding dengan tiket Bebas. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI