fbpx

[VIDEO] Airbus Beluga singgah isi minyak di Langkawi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pesawat Airbus Beluga mendarat di LTAL untuk mengisi bahan api sebelum meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya. Foto ihsan MUZANI MD NOOR

LANGKAWI – Pesawat kargo, Airbus Beluga (A300-600ST) mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi (LTAL), di sini pada pukul 3.49 petang tadi.

Berdasarkan data diperoleh daripada laman web Flightradar24, Beluga siri ketiga itu singgah di LTAL setelah memulakan penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Chennai, India pada pukul 9.49 pagi waktu tempatan.

Pesawat itu mendarat di Langkawi untuk mengisi minyak sebelum menyambung penerbangan ke destinasi seterusnya.

Beluga A300-600ST yang memiliki panjang 56.15 meter dan setinggi 17.24 meter merupakan pesawat pengangkut dan berupaya membawa sebuah helikopter selain sering membawa alat ganti pesawat ke seluruh dunia.

Orang ramai tidak melepaskan peluang melihat pesawat ‘gergasi’ tersebut dengan memenuhi sepanjang pagar di tepi landasan LTAL.

Beluga yang dikendalikan oleh Airbus Transport International (ATI) berpengkalan di Toulouse, Perancis memulakan perjalanan dari Lapangan Terbang Francazal pada 20 Julai lalu ke Lapangan Terbang Marseille.

Dua hari kemudian pesawat itu berlepas ke Lapangan Terbang Antarabangsa Eleftherios Venizelos di Athens, Greece sebelum menyambung penerbangan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Sharm el-Sheikh di Mesir diikuti Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai.

Pada Ahad lalu, Beluga diterbangkan pula ke Lapangan Terbang Antarabangsa Ahmedabad dan Lapangan Terbang Antarabangsa Chennai di India sebelum singgah di LTAL, hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI