fbpx

TikToker antara 85 pengunjung pusat hiburan ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota polis ketika menyerbu sebuah pusat hiburan di Lebuh Noordin, Ahad lalu.

GEORGE TOWN – Keterujaan 85 pengunjung sebuah pusat hiburan di Lebuh Noordin di sini terbantut apabila premis berkenaan diserbu polis, Ahad lalu.

Operasi yang dijalankan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN), Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut (IPD TL) kira-kira pukul 2.15 pagi itu dikatakan turut menahan seorang pempengaruh media sosial wanita berusia 20-an.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, dalam operasi tersebut, seramai 50 lelaki dan 35 wanita tempatan ditahan bagi menjalankan pemeriksaan air kencing.

“Hasil ujian saringan awal polis yang dijalankan mendapati dua lelaki dan seorang
wanita berumur dalam lingkungan 22 tahun hingga 27 tahun positif pelbagai jenis dadah iaitu tetrahydrocannabinol (THC) dan Benzo.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan kesemua tangkapan ditahan reman mengikut Seksyen 117 kanun prosedur jenayah selama sehari pada Ahad lalu untuk siasatan,” katanya kesemua tangkapan telahpun dijamin polis.

Justeru, beliau menasihati orang ramai agar tidak terlibat dengan aktiviti penyalahgunaan dadah semasa mengunjungi pusat hiburan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI