fbpx

Tiga anggota polis direman kes rasuah RM3,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tiga anggota polis ketika dibawa ke Mahkamah Majistret George Town, Pulau Pinang hari ini bagi mendapatkan perintah tahanan reman kes rasuah.

GEORGE TOWN – Tiga anggota polis ditahan reman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) selama tiga hari bermula hari ini setelah disyaki menerima rasuah berjumlah RM3,000, baru-baru ini.

Perintah tahanan reman tersebut dikeluarkan Majistret Mohd Hadi Hakimi Harun di Mahkamah Majistret di sini, pagi tadi.

Difahamkan, mereka terdiri dua anggota berpangkat Koperal berusia 38 dan 36 tahun serta seorang Konstabel berusia 20 tahun yang bertugas di Balai Polis Bukit Mertajam dekat sini.

Menurut sumber, kira-kira pukul 7.15 malam pada 20 Julai lalu, kereta peronda polis telah menahan seorang lelaki yang menaiki motosikal di Jalan Berapit, Mengkuang, Bukit Mertajam.

Katanya, ketiga-tiga suspek telah membuat pemeriksaan dan mendapati cukai jalan motosikal itu telah tamat tempoh, memiliki sebungkus air ketum dan memiliki beberapa kotak rokok John Blend.

“Ketiga-tiga suspek ditangkap kerana disyaki telah menerima wang rasuah berjumlah RM3,000 daripada individu tersebut sebagai balasan untuk tidak mengambil tindakan ke atas kesalahan yang dilakukannya.

“Ketiga-tiga suspek telah ditahan oleh SPRM, kira-kira pukul 7.25 petang semalam di Pejabat SPRM Pulau Pinang,” katanya siasatan akan dijalankan di bawah Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI