fbpx

Suri rumah rugi RM116,000 ditipu pembelian emas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

BETONG – Seorang suri rumah di sini kerugian sebanyak RM116,000 apabila menjadi mangsa penipuan pembelian emas.

Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri berkata pada pertengahan Mei lalu, mangsa berusia awal 30-an itu telah mengiklankan pencarian ‘dropship’ di Facebook.

Susulan itu, katanya pada 27 Jun lalu, dia dihubungi oleh suspek iaitu seorang wanita melalui Whatsapp dan berminat untuk menjadi ‘dropship’ bagi mencari pelanggan yang ingin menjual emas atau pelanggan yang ingin menjual emas yang telah digadai di kedai pajak gadai.

“Mangsa melalui modal kewangan daripada kawannya telah melakukan 20 transaksi pembayaran kepada akaun bank suspek antara tarikh 1 hingga 7 Julai lalu berjumlah RM116,000 untuk membuat tebusan emas kononnya dari kedai pajak gadai dan pembelian emas daripada pelanggan.

“Pada 11 Julai lepas, melalui penghantaran menggunakan bas ekspress daripada Miri ke Kuching, suspek telah menghantar barang kemas seberat 347.78 gram kepada mangsa. Barang kemas itu kemudian diperiksa ketulenannya di kedai emas kawan mangsa di Kuching dan mendapati ia adalah emas palsu,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya mangsa menyedari ditipu apabila meminta semula wangnya dan suspek menyatakan tidak dapat kerana wang itu telah digunakan untuk urusan lain dan segera tampil membuat laporan polis untuk siasatan lanjut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI