fbpx

Suri rumah ‘burnout’ tanya cara duduk hospital seminggu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Keluhan seorang suri rumah yang dipercayai burnout (lesu upaya) hingga terpaksa mencari jalan untuk tinggal di hospital mengundang simpati ramai.

Menerusi tangkap layar perkongsian Abudi Alsagoff di Twitter, wanita tersebut bertanya, bagaimanakah cara untuk tinggal di hospital selama seminggu.

“Anon tanya macam mana nak warded kat hospital seminggu?,” tulisnya pada kapsyen.

Wanita tersebut dipercayai tertekan dengan kerenah suaminya dan berhasrat untuk lari daripada situasi tersebut, namun tidak mempunyai wang untuk ke tempat lain.

“Hai. Boleh tak beritahu macam mana nak duduk hospital seminggu? Aku dah penat dengan perangai suami, nak lari rumah duit tak ada.

“Aku rasa nak duduk hospital seminggu, nak ‘me time’ sendiri biar dia rasa urus anak-anak. Mental aku rabak layan perangai suami daripada layan kerenah anak-anak,” katanya.

Ada pihak mengecam ciapan tersebut namun tidak kurang juga yang bersimpati dan berkongsi pengalaman sama.

“Kasihannya, aku pernah juga rasa macam ni dulu. Rasa macam nak sakitkan diri sendiri supaya boleh masuk hospital sebab nak lari kejap dari ‘neraka’ tapi bila fikirkan anak, tak sampai hati pula,” kongsi Wany.

“Ada juga yang kecam, kalau dah post gini mesti terlmpau banyak dia pendam. Penat tu layan laki tiada guna,” komen Kellyyy.

“Saya berdoa dapat lelaki yang memahami, sama-sama urus rumah tangga dan peribadi baik,” ujar seorang lagi pengguna.

“Dia burnout,” ujar Cikyahming. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI